Berita › Dalam Media

Glocal Travel sasar 50 francaisi agensi umrah, haji

2026-04-18 · Berita Harian

Glocal Travel menyasarkan 50 francaisi selepas terpilih sebagai agensi pelancongan umrah dan haji pertama dalam perniagaan francais kendalian Pernas.

KUALA LUMPUR: Glocal Travel & Tours (Glocal Travel) menyasarkan 50 francaisi selepas terpilih sebagai agensi pelancongan umrah dan haji pertama dalam perniagaan francais kendalian Perbadanan Nasional Berhad (Pernas). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Md Idzham Isa, berkata sasaran itu menjadi langkah awal ke arah pembangunan model perniagaan francais yang lebih tersusun dan berdaya saing, selain menyokong pembangunan syarikat tempatan ke arah model tersebut. Beliau berkata, kesiapsiagaan Glocal Travel untuk mengembangkan perniagaan secara sistematik terbukti selepas berjaya menamatkan penyertaan dalam Program Pembangunan Pernas Xcelerator. "Program tersebut merupakan inisiatif yang membimbing syarikat tempatan berpotensi tinggi ke arah perniagaan francais, di mana Glocal Travel telah melalui proses penstrukturan semula perniagaan. "Ia merangkumi pembangunan pematuhan standard operasi (SOP), sistem latihan, pengukuhan tadbir urus serta pemantapan model perniagaan sebagai persediaan ke arah pengembangan melalui rangkaian francais," katanya pada majlis pelancaran awal pra-francais syarikat itu, semalam. Turut hadir Pengerusi Pernas, Datuk Mohamed Rozhan Mohd Ghazalli dan Ketua Pegawai

Lihat pakej Umrah, Haji & Muslim Tour