Umrah Gift
Hadiahkan Umrah kepada insan tersayang atau bersedekah untuk membantu mereka yang ingin ke Baitullah. Sesiapa boleh menyumbang — sponsor penuh ikut harga pakej atau sedekah serendah RM10. Semua sumbangan masuk ke Umrah Gift dan HQ mengagihkannya kepada penerima terpilih.
Terkumpul
RM 0
Telah Diagihkan
RM 0
Baki Dana
RM 0
Penyumbang
0
Tentang Umrah Gift Glocal Travel
Hadiah Umrah untuk insan tersayang
Umrah Gift membolehkan anda menghadiahkan perjalanan Umrah kepada ibu bapa, pasangan, anak atau sesiapa sahaja yang anda hargai. Taja penuh satu pakej Umrah atau sumbang sebahagian mengikut kemampuan — seawal RM10.
Telus & terurus
Setiap sumbangan direkodkan secara telus dan disalurkan kepada penerima yang disahkan, dengan resit rasmi serta makluman agihan. Bagi tajaan penuh, anda memilih sendiri pakej & tarikh — penerima berlepas dengan bimbingan mutawwif berpengalaman, termasuk penginapan, pengangkutan dan ziarah penuh.
Berlesen MOTAC sejak 2017
Glocal Travel telah berkhidmat kepada ribuan jemaah dengan harga telus, semakan seat masa nyata & pelan ansuran mudah. Ada pertanyaan tentang penajaan atau pemilihan penerima? Hubungi perunding kami melalui WhatsApp — kami sedia membantu.

