Berita › Dalam Media

Glocal Travel kukuh peranan PJH bertauliah

2025-12-03 · Harian Metro

Glocal Travel melabur kira-kira RM3 juta setiap musim untuk tempahan awal hotel dan penerbangan bagi memastikan keselesaan jemaah.

GLOCAL Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) terus memperkukuh peranannya sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bertauliah dengan menyediakan perkhidmatan komprehensif merangkumi bimbingan rohani, sokongan kesihatan, kebajikan serta pengurusan logistik premium. Pengarahnya, Datuk Mohd Idzham Mohd Isa berkata, keyakinan pasaran terhadap sektor haji dan umrah terus membuka ruang pertumbuhan baharu buat syarikat apabila syarikat itu melabur kira-kira RM3 juta kos pendahuluan setiap musim bagi tempahan awal hotel serta tiket penerbangan. Katanya, langkah agresif itu dilihat antara strategi utama syarikat Bumiputera berkenaan dalam memperkukuh kedudukannya sebagai PJH bertauliah, selain memperluas rangkaian perniagaan dengan 13 cawangan seluruh negara. "Dengan pengalaman lebih 13 tahun, kami sudah menyantuni lebih 80,000 jemaah umrah dan 78 jemaah haji pada 2024. "Lesen PJH ini menjadi pemangkin untuk kami bergerak lebih besar dan memastikan semua perkhidmatan berada pada standard premium," katanya kepada media. Menurutnya, walaupun pakej haji ditawarkan bermula RM49,900 hingga RM88,900, tahap kesihatan jemaah tetap menjadi syarat utama. "Seseorang jemaah mungkin mampu dari segi kewangan

Lihat pakej Umrah, Haji & Muslim Tour