Berita › Dalam Media
Imej Glocal Travel kian kukuh dilantik Pengelola Jemaah Haji
2024-12-23 · Kosmo
Empayar perniagaan bermula dengan suntikan modal RM50,000 daripada ibu — kini 13 cawangan dan purata 8,000 jemaah setiap tahun.
KUALA LUMPUR – Bila mana suatu langkah dibuat untuk berniaga dengan mendapat restu daripada ibu sendiri, pastinya pengoperasian bisnes tersebut akan terus meraih kejayaan sehingga ke peringkat yang membanggakan. Itulah susur galur sebuah empayar perniagaan yang diasaskan Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Glocal Travel), Datuk Mohd. Idzham Mohd. Isa yang menerima suntikan modal bernilai kira-kira RM50,000 daripada ibunya untuk memulakan perniagaan di fasa awal pada tahun 2012. Usahawan yang memiliki pengalaman bekerja di institusi perbankan itu tidak menoleh ke belakang lagi kerana lebih suka memilih perniagaan dalam bidang pelancongan dan meneroka pelbagai aktiviti pengembangan sehingga terus utuh selama 12 tahun. Mohd. Idzham berkata, Glocal Travel kini menjadi pilihan masyarakat untuk menunaikan umrah melalui perkhidmatan terbaik yang ditawarkan melalui pelbagai kemudahan yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang taraf hidup. "Walaupun mereka ambil pakej umrah yang mahal atau murah, kami akan tetap beri layanan yang sama rata. Yang membezakan mereka adalah jarak hotel sahaja. Kalau saya pilih kasih, lebih ba