Berita › Dalam Media

Pernas Bekerjasama dengan Glocal Travel Bangunkan Francais Pelancongan Islam Lebih Telus

2026-04-16 · Pernas

Kerjasama antara Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dilihat sebagai langkah strategik dalam membangunkan model francais pelancongan Islam yang lebih tersusun, telus dan berdaya…

Kerjasama antara Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dilihat sebagai langkah strategik dalam membangunkan model francais pelancongan Islam yang lebih tersusun, telus dan berdaya saing di Malaysia. Inisiatif ini bermula dengan pelancaran awal pra-francais oleh Glocal Travel sebagai fasa pengenalan sebelum pelaksanaan penuh model tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Hj Md Idzham Isa menjelaskan bahawa semua komponen utama termasuk struktur perniagaan, SOP, sistem latihan dan dokumentasi telah lengkap, dan kini hanya menunggu kelulusan rasmi daripada kementerian berkaitan. Kerjasama bersama Pernas turut diperkukuh melalui penyertaan Glocal Travel dalam program Pernas Xcelerator, yang membantu syarikat membina asas kukuh untuk berkembang sebagai francais. Proses ini melibatkan penstrukturan semula operasi, pengukuhan tadbir urus serta pembangunan sistem latihan yang lebih sistematik. Menurut Dato' Hj Md Idzham, antara pembaharuan utama yang diperkenalkan ialah sistem pembayaran berpusat, di mana semua transaksi akan disalurkan ke satu akaun utama bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan keselamatan dana jemaah. Pada masa sama, sya

Lihat pakej Umrah, Haji & Muslim Tour