Waktu Solat Zohor dalam 3:31
Semua artikelHaji · 28/09/2026

Ditulis oleh: Team Glocal

Rayuan Haji Musim Haji 1448H/2027M

Rayuan Haji Musim Haji 1448H/2027M

RAYUAN HAJI MUSIM HAJI 1448H/2027M

Peluang untuk menunaikan ibadah Haji lebih awal kini kembali dibuka.

Bagi bakal haji yang belum menerima tawaran untuk menunaikan ibadah Haji pada musim 1448H/2027M, permohonan rayuan Haji merupakan salah satu saluran yang disediakan bagi memberi peluang kepada pendeposit yang belum tiba giliran untuk dipertimbangkan menunaikan Haji pada tahun semasa.

Pertimbangan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat serta merit tertentu yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Antara perkara yang diambil kira termasuk tempoh pendaftaran Haji, faktor umur, purata simpanan, kekerapan permohonan rayuan serta kehadiran Kursus Asas Haji (KAH).

Bagi musim Haji 1448H/2027M, kos Haji jemaah Muassasah dikekalkan pada RM33,300 seorang. Bagi bakal haji yang terpilih melalui rayuan, bayaran Haji adalah berdasarkan kos penuh Haji, selaras dengan konsep istito’ah atau kemampuan.

Oleh itu, bakal haji yang ingin membuat rayuan disarankan untuk memastikan persediaan dibuat sebaiknya, termasuk dari aspek kewangan, kesihatan dan ilmu ibadah.

Kursus Asas Haji (KAH) bagi musim 1448H/2027M juga telah bermula pada 25 September 2026 dan dilaksanakan di lebih 200 masjid di seluruh negara. Kehadiran ke KAH turut menjadi salah satu merit yang diambil kira dalam pertimbangan rayuan.

Jika peluang itu datang, sudahkah kita benar-benar bersedia?

Semoga setiap usaha, doa dan ikhtiar dipermudahkan Allah SWT. Mudah-mudahan mereka yang sedang menanti giliran dan membuat rayuan dikurniakan peluang menjadi Dhuyufurrahman pada musim Haji 1448H/2027M.

Teruskan berdoa, teruskan berusaha dan persiapkan diri sebaiknya.

Semoga Allah SWT menjemput kita ke Tanah Suci pada waktu yang terbaik. 🤲🏻

Bersam Glocal Travel Ibadah haji bertambah senang

— Team Glocal