Berita › Dalam Media
Glocal Travel Lakar Sejarah Sebagai Agensi Umrah & Haji Pertama Terajui Model Francais Pernas
2026-04-16 · SAYS (Seismik)
Glocal Travel melakar sejarah sebagai agensi pelancongan umrah dan haji pertama di Malaysia yang terpilih menerajui model perniagaan francais bawah kendalian Pernas — SAYS, 16 April 2026.
Glocal Travel & Tours (Glocal Travel) melakar sejarah apabila muncul sebagai agensi pelancongan umrah dan haji pertama di Malaysia yang terpilih untuk menerajui model perniagaan francais di bawah kendalian Perbadanan Nasional Berhad (Pernas). Menerusi fasa permulaan ini, Glocal Travel menyasarkan sebanyak 50 francaisi di seluruh negara bagi membangunkan rangkaian perniagaan yang lebih sistematik, telus dan berdaya saing. Langkah ini diambil selepas syarikat berjaya menamatkan Program Pembangunan Pernas Xcelerator yang membimbing syarikat tempatan ke arah model francais yang matang. Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Datuk Md Idzham Isa, menjelaskan bahawa model francais ini direka khusus untuk memudahkan usahawan baharu menceburi industri pelancongan tanpa perlu bimbang tentang bebanan operasi yang berat. "Kelebihan menjadi francaisi Glocal Travel adalah kami menyediakan segala-galanya. Jika individu mahu membuka syarikat sendiri, mereka perlu memikirkan kos lesen, dana untuk tiket penerbangan, dan tempahan hotel. Namun di bawah skim ini, semua aspek pengurusan termasuk perakaunan, urusan visa, dan logistik diuruskan sepenuhnya oleh kami. Francaisi hanya perlu memfokuskan kepad