Berita › Dalam Media
Glocal Travel & Tours Lancar Pakej Haji Serendah RM49,900, Fokus Kesejahteraan Mental & Rohani Jemaah
2025-11-26 · SAYS (Seismik)
Pakej Haji 1447H/2026M bermula serendah RM49,900 dengan fokus kesihatan mental, motivasi dan rohani jemaah.
Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Pengelola Jemaah Haji (PJH) berpengalaman lebih 13 tahun dalam industri umrah dan haji, kini mengumumkan pelancaran pakej Haji 1447H/2026M bermula serendah RM49,900. Terpilih buat tahun kedua sebagai PJH, syarikat memberi fokus lebih mendalam terhadap aspek kesihatan mental, motivasi dan rohani jemaah bagi membantu mereka menunaikan ibadah dalam keadaan optimum demi mencapai Haji Mabrur. Dengan rekod mengendalikan lebih 100,000 jemaah umrah sejak penubuhannya, Glocal Travel kini menyasarkan peningkatan jumlah jemaah Haji kepada antara 150 hingga 200 orang, berbanding 78 jemaah pada musim sebelumnya. Pengarah Glocal Travel & Tours, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa, berkata program Haji tahun ini diperkukuh melalui penubuhan pasukan sokongan motivasi serta kesihatan yang lebih komprehensif bagi memastikan jemaah kekal terarah dan berdaya tahan sepanjang perjalanan ibadah mereka. "Musim Haji menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebab itu kami mengintegrasikan elemen kerohanian dan kesihatan dalam setiap pakej yang ditawarkan. Hasrat kami adalah untuk membantu jemaah melaksanakan ibadah dalam keadaan hati, jasad, rohani dan fikiran yang paling bersih demi mera