Berita › Haji
Seruan Istito'ah Aplikasi THijari
2026-09-22 · Team Glocal
Lembaga Tabung Haji (TH) secara rasminya telah melancarkan Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito'ah yang mengubah struktur paparan akaun di dalam aplikasi THiJARI. Pelaksanaan sistem kelayakan baharu ini bertujuan…
Lembaga Tabung Haji (TH) secara rasminya telah melancarkan Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito'ah yang mengubah struktur paparan akaun di dalam aplikasi THiJARI. Pelaksanaan sistem kelayakan baharu ini bertujuan melatih bakal jemaah agar lebih berdisiplin dan fokus dalam membina simpanan khusus bagi memenuhi syarat istito'ah (kemampuan) kewangan. Berikut adalah artikel ringkas yang merangkumi perkara penting mengenai pelaksanaan ini pada aplikasi THiJARI serta tindakan yang perlu anda lakukan : Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito'ah di Aplikasi THiJARIJika anda log masuk ke aplikasi THiJARI, anda akan mendapati satu akaun Tabung Haji anda kini dibahagikan kepada dua tabung (Multi-Tabung) secara automatik: Tabung Am: Digunakan untuk urusan simpanan harian dan transaksi pengeluaran biasa seperti sedia ada. Tabung Istito'ah: Diwujudkan khas untuk mengukur persediaan haji secara sukarela. Wang di dalam tabung ini bertindak sebagai penanda aras kesiapsiagaan kewangan anda. 📌 Syarat Baharu: Minimum RM15,000 Bagi mengekalkan giliran haji sedia ada atau untuk mendapatkan Kelayakan Giliran Haji Automatik bagi pendeposit baharu, jumlah baki simpanan mestilah mencapai minimum RM15,000. P