Ditulis oleh: Team Glocal
Tahniah Malaysia Airlines

MALAYSIA AIRLINES CIPTA KEJAYAAN MEMBANGGAKAN DI ASIA! 🇲🇾🏅
Satu lagi pencapaian yang membanggakan buat Malaysia! 🇲🇾
Malaysia Airlines telah dinobatkan sebagai Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia menerusi 2026 Skytrax World Airline Awards.
Lebih membanggakan, kru kabin Malaysia Airlines turut berjaya menempatkan diri dalam 3 terbaik dunia bagi kategori World’s Best Airline Cabin Crew — meningkat daripada tempat ke-8 pada tahun 2025.
Pakej Umrah Safwah Dari Kuala Lumpur — dari RM 6,690
Dapatkan harga & tarikh pelepasan terkini — konsultasi percuma melalui WhatsApp.
Pengiktirafan ini mencerminkan keunikan Hospitaliti Malaysia yang sentiasa mengutamakan layanan mesra, ikhlas dan berkualiti kepada para penumpang. 💙
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Kapten Nasaruddin A Bakar, kejayaan ini adalah hasil komitmen dan dedikasi seluruh warga kerja Malaysia Airlines — daripada petugas di lapangan terbang, kru kabin sehinggalah pasukan yang bekerja di belakang tabir.
Dan perjalanan mereka masih diteruskan.
Malaysia Airlines menyasarkan untuk berada dalam 10 syarikat penerbangan terbaik bagi Tahun menjelang 2030
Bersedia merancang perjalanan ibadah anda?
Tinggalkan maklumat anda — perunding kami akan WhatsApp harga & tarikh pelepasan.
Pakej Berkaitan
Artikel Berkaitan
— Team Glocal






