Ditulis oleh: Team Glocal
Tabung Haji Umum Takwim Operasi Penerbangan Carter Haji 1448H/2027M

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) telah mengumumkan takwim rasmi operasi penerbangan carter haji bagi musim 1448H/2027M, merangkumi pergerakan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci serta kepulangan mereka ke tanah air.
Mengikut takwim yang dikeluarkan, Fasa 1 iaitu penerbangan pergi akan bermula pada 1 Zulkaedah 1448H bersamaan 8 April 2027 (Khamis) dan berakhir pada 3 Zulhijjah 1448H bersamaan 9 Mei 2027 (Ahad).
Hari Wukuf di Arafah — kemuncak ibadah haji — dijangka berlangsung pada 9 Zulhijjah 1448H bersamaan 15 Mei 2027 (Sabtu).
Fasa 2 pula menyaksikan penerbangan kepulangan jemaah ke Malaysia bermula 18 Zulhijjah 1448H bersamaan 24 Mei 2027 (Isnin) sehingga 15 Muharam 1449H bersamaan 20 Jun 2027 (Ahad).
Secara keseluruhannya, tempoh operasi penerbangan carter haji musim ini merentasi 8 April 2027 hingga 20 Jun 2027.
Tabung Haji menegaskan komitmennya bahawa perkhidmatan dan keselamatan jemaah kekal menjadi keutamaan sepanjang operasi berlangsung, sejajar dengan matlamat "Perjalanan Teragung Anda, Amanah Kami".
Jemaah yang menempah bersama Glocal Travel dinasihatkan membuat persediaan awal, memastikan dokumen perjalanan lengkap, dan mematuhi sebarang taklimat yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Sumber: Tabung Haji
— Team Glocal

