Klasik 4 Negara Eropah
Muslim Tour

Klasik 4 Negara Eropah

Terokai empat negara klasik Eropah dalam satu perjalanan istimewa. Lawati mercu tanda diraja London, bermalam di atas feri menuju ke Netherlands, menyusuri terusan Amsterdam, menikmati keindahan Brussels dan meneroka ikon terkenal Paris.

Tempoh

7 hari 5 malam

Penerbangan

Penerbangan

Malaysia Airlines

Makanan

-

Destinasi

Klasik 4 Negara Eropah

Bintang Hotel

4★ Bintang

Mutawwif / Ketua

Berlesen & Berpengalaman

Makanan Halal

Makanan Mesra Muslim

Harga Bilik (seorang)

Triple (3 pax)

RM 7,990

Double (2 pax)

RM 7,990

Semua harga bermula daripada perkongsian Quad. Deposit: RM100 pendaftaran, lengkapkan RM1,000 dalam 14 hari.

Itinerari

Muat Turun Itinerari
1

Hari 1

Kuala Lumpur – London

Bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke London. Penumpang Turkish Airlines akan transit di Istanbul. Dibawa ke hotel selepas ketibaan.

2

Hari 2

London – Harwich

Melawat Buckingham Palace, Victoria Memorial, Palace of Westminster, Big Ben, Westminster Abbey dan Trafalgar Square. Melihat Tower of London, Tower Bridge, Downing Street, London Eye serta mercu tanda bandar yang lain. Membeli-belah di Oxford Street dan Battersea Power Station sebelum menaiki feri malam dari Harwich ke Hook of Holland.

3

Hari 3

Amsterdam

Melawat Zaanse Schans dan melihat kincir angin tradisional Belanda. Menyaksikan pembuatan terompah kayu dan keju sebelum menunaikan solat di Masjid Fatih. Melawat Gassan Diamonds dan menikmati Amsterdam Canal Cruise. Masa bebas di sekitar Damrak Square dan Kalverstraat.

4

Hari 4

Amsterdam – Brussels – Paris

Bagi pelepasan bulan April, peserta akan melawat Keukenhof Gardens. Meneruskan perjalanan ke Brussels untuk bergambar di Atomium serta meneroka Grand Place, Brussels Town Hall, rumah persatuan, King’s House dan Manneken Pis. Bertolak ke Paris untuk bermalam.

5

Hari 5

Paris

Membeli-belah di Galeries Lafayette dan menikmati lawatan panorama melepasi Louvre Museum, Les Invalides serta Palais Garnier. Bergambar di Arc de Triomphe dan Eiffel Tower sebelum menunaikan solat di Grand Mosque of Paris.

6

Hari 6

Paris – Kuala Lumpur

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Penumpang Turkish Airlines akan transit di Istanbul.

7

Hari 7

Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur.

Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dan surcaj penerbangan
  • Elaun bagasi berdaftar mengikut ketetapan syarikat penerbangan
  • Penginapan empat malam di hotel bertaraf 3 bintang
  • Penginapan satu malam di atas feri Harwich-Hook of Holland
  • Sarapan pagi dan makan malam mengikut atur cara
  • Tiket lawatan yang dinyatakan dalam program
  • Amsterdam Canal Cruise
  • Tiket masuk ke Gassan Diamonds
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa
  • Ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas
  • Tiket Keukenhof Gardens bagi pelepasan bulan April yang berkenaan

Tidak Termasuk

  • Insurans perjalanan
  • Surcaj musim puncak dan cuti sekolah
  • Servis hotel seperti porter, bar mini dan dobi
  • Makan tengah hari, minuman dan tiket lawatan yang tidak dinyatakan
  • Lawatan pilihan dan aktiviti persendirian
  • Caj lebihan bagasi
  • Perbelanjaan peribadi dan membeli-belah
  • Permohonan visa atau kebenaran perjalanan UK dan Eropah
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan sebagai termasuk

FAQ

Dokumen Diperlukan

  • Pasport asal yang sah sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh pulang
  • Salinan berwarna halaman maklumat pasport yang jelas
  • Gambar berukuran pasport terkini berlatar belakang putih
  • Borang maklumat peserta yang lengkap
  • Visa atau kebenaran perjalanan UK jika berkenaan
  • Visa Schengen atau kebenaran perjalanan Eropah jika berkenaan
  • Sijil insurans perjalanan
  • Dokumen kewangan dan pekerjaan jika diminta
  • Dokumen tambahan yang diperlukan oleh imigresen atau syarikat penerbangan

Bermula

RM 7,990

seorang (berkongsi quad)

WhatsApp Perunding

Deposit bermula RM 500/pax · Baki perlu dijelaskan 45 hari sebelum perlepasan.