
Pakej Umrah Awal Ramadhan Snood 10 Feb
Awal Ramadhan Di Tanah Suci
Tempoh
12 hari

Penerbangan
Amal Malaysia Airline
Makanan
Mekah Iftar & Sahur ,Madinah Iftar & Sahur
Hotel Makkah
Snood Ajyad @ Setaraf (350m)
Hotel Madinah
Rua International @ Setaraf (150m)
Penginapan Hotel
5 malam Makkah · 5 malam Madinah
Bintang Hotel
4★ Bintang
Mutawwif / Ketua
Termasuk
Butiran Penerbangan
Pergi
Kul Jed
Balik
Med Kul
Hotel Anda

Snood Ajyad @ Setaraf
★★★★
350m dari Haram

Rua International @ Setaraf
★★★
150m dari Nabawi

Set Beg Eksklusif Glocal Travel
Setiap jemaah pakej ini menerima set beg eksklusif kami.
Harga Bilik (seorang)
Quad (4 pax)
RM 9,290
Triple (3 pax)
RM 9,990
Double (2 pax)
RM 11,390
Single (1 pax)
RM 16,590
Kanak-kanak berkatil: RM 0 · Kanak-kanak tiada katil: RM 7,432 · Bayi: RM 3,200
Semua harga bermula daripada perkongsian Quad. Deposit: RM100 pendaftaran, lengkapkan RM1,000 dalam 14 hari.
Itinerari
Muat Turun ItinerariHari 1
Kuala Lumpur – Jeddah – Makkah & Umrah Pertama
Jemaah diminta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lima (5) jam sebelum waktu penerbangan bagi urusan daftar masuk. Jemaah akan mengikuti taklimat serta doa pelepasan sebelum berlepas menuju ke Jeddah. Niat ihram (miqat) akan dilakukan di dalam pesawat sebelum melepasi kawasan miqat. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, perjalanan diteruskan menuju ke Makkah Al-Mukarramah. Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk hotel dan berehat sebelum mengikuti sesi pengenalan Masjidil Haram serta melaksanakan Umrah pertama dengan bimbingan Mutawwif.
Hari 2
Makkah – Aktiviti Bebas
Aktiviti bebas atau program tambahan seperti ibadah persendirian, tawaf sunat, membaca Al-Quran, beriktikaf, ziarah atau aktiviti yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
Hari 3
Ziarah Makkah & Umrah
Program ziarah sekitar Makkah merangkumi Jabal Thur, perjalanan Manasik Haji, Jabal Rahmah serta Masjid Ji'ranah. Jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Masjid Ji'ranah sebelum kembali ke Makkah.
Hari 4
Makkah – Aktiviti Bebas
Aktiviti bebas atau program tambahan seperti ibadah persendirian, tawaf sunat, membaca Al-Quran, ziarah atau aktiviti yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memanfaatkan masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
Hari 5
Hudaibiyah & Umrah
Menziarahi Masjid Hudaibiyah dan jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Hudaibiyah. Program tambahan termasuk ziarah ke Muzium Al Amoudi, tertakluk kepada operasi dan bayaran masuk semasa. Seterusnya, jemaah akan mengikuti taklimat persediaan perjalanan menuju ke Madinah Al-Munawwarah.
Hari 6
Makkah – Madinah
Melaksanakan Tawaf Wada' sebelum daftar keluar hotel di Makkah. Seterusnya, jemaah akan bertolak menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, jemaah akan daftar masuk hotel, berehat dan mengikuti sesi pengenalan Masjid Nabawi.
Hari 7
Masjid Nabawi & Ziarah Dalam Madinah
Jemaah akan menziarahi Masjid Nabawi serta kawasan sekitarnya termasuk Perkuburan Al-Baqi', Masjid Al-Ghamamah dan Saqifah Bani Sa'idah serta ziarah dan memberi salam kepada Rasulullah SAW. Program masuk ke Raudhah adalah tertakluk kepada kelulusan dan ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi.
Hari 8
Madinah – Aktiviti Bebas
Aktiviti bebas atau program tambahan seperti ibadah persendirian, ziarah atau aktiviti yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memperbanyakkan solat berjemaah, membaca Al-Quran, berdoa dan berselawat di Masjid Nabawi.
Hari 9
Ziarah Luar Madinah
Program ziarah luar Madinah merangkumi lawatan ke Masjid Quba dan ladang kurma serta melalui Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud. Setelah selesai program, jemaah akan kembali ke hotel dan meneruskan aktiviti bebas.
Hari 10
Madinah – Aktiviti Bebas
Aktiviti bebas atau program tambahan yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memanfaatkan hari terakhir di Madinah dengan memperbanyakkan ibadah, selawat dan ziarah di sekitar Masjid Nabawi. Taklimat persediaan pelepasan pulang ke tanah air akan diadakan.
Hari 11
Madinah – Lapangan Terbang Madinah – Kuala Lumpur
Jemaah akan melakukan Ziarah Wida' dan memberi salam kepada Rasulullah SAW sebelum daftar keluar hotel. Seterusnya, jemaah akan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz, Madinah bagi urusan daftar masuk penerbangan. Taklimat serta doa pelepasan akan diadakan sebelum jemaah berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 12
Ketibaan di Kuala Lumpur
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jemaah akan diberikan taklimat ringkas dan doa selamat tiba sebelum bersurai dan meneruskan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.
Termasuk
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Penginapan hotel mengikut pakej
- Pengangkutan bas sepanjang program
- Mutawwif Ketua Rombongan berpengalaman
- Ziarah mengikut itinerari
- Set bagasi Glocal
Tidak Termasuk
- Makanan yang tidak dinyatakan
- Perbelanjaan peribadi
- Insurans perjalanan tambahan
- Program tambahan di luar itinerari
Tambahan Optional
FAQ
Dokumen Diperlukan
- Passport sah melebihi 6 bulan dari tarikh perlepasan
- Gambar passport latar putih terkini
- Salinan kad pengenalan
- Borang maklumat jemaah
Bermula
RM 9,290
Promo Kumpulan: setiap 20 pax bayar, 1 PERCUMA
seorang (berkongsi quad)
Penerbangan untuk pelepasan ini: Kul Jed Med Kul
Amal Malaysia Airlines
Deposit bermula RM 1,000/pax · Baki perlu dijelaskan 45 hari sebelum perlepasan.

