Waktu Solat Subuh dalam 0:11
Pakej Umrah Plus Dubai
Umrah

Pakej Umrah Plus Dubai

Umrah Termasuk Perjalanan Ke Dubai

Tempoh

12 hari

Penerbangan

Emirates Dan AirArabia

Makanan

Fullboard

Hotel Makkah

Snood Ajyad (350m)

Hotel Madinah

Rua International (150m)

Penginapan Hotel

4 malam Makkah · 3 malam Madinah

Bintang Hotel

3★ Bintang

Mutawwif / Ketua

Termasuk

Hotel Anda

Snood Ajyad
Makkah

Snood Ajyad

★★★

350m dari Haram

Rua International
Madinah

Rua International

★★★

150m dari Nabawi

Set beg

Set Beg Eksklusif Glocal Travel

Setiap jemaah pakej ini menerima set beg eksklusif kami.

Hotel Tambahan

Hotel tambahan yang digunakan dalam pakej ini apabila itinerari melibatkan persinggahan (jika ada).

Dubai

Wescot Hotel Bur Dubai

Harga Bilik (seorang)

Quad (4 pax)

RM 8,690

Triple (3 pax)

RM 8,990

Double (2 pax)

RM 9,390

Single (1 pax)

RM 13,690

Kanak-kanak berkatil: RM 0 · Kanak-kanak tiada katil: RM 6,952 · Bayi: RM 3,200

Semua harga bermula daripada perkongsian Quad. Deposit: RM100 pendaftaran, lengkapkan RM1,000 dalam 14 hari.

Itinerari

Muat Turun Itinerari
1

ari 1

Kuala Lumpur – Dubai

Jemaah diminta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lima (5) jam sebelum waktu penerbangan bagi urusan daftar masuk. Taklimat serta doa pelepasan akan diadakan sebelum penerbangan. Jemaah akan berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Dubai. Setibanya di Dubai, jemaah akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk, berehat dan bermalam.

2

Hari 2

Dubai City Tour

Selepas sarapan pagi, jemaah akan memulakan program ziarah dan lawatan sekitar Dubai dengan mengunjungi kawasan Jumeirah, Jumeirah Mosque, Pantai Jumeirah serta bergambar di kawasan Burj Al Arab. Perjalanan diteruskan ke Palm Jumeirah dan Atlantis The Palm sebelum mengunjungi Dubai Marina. Seterusnya, jemaah akan kembali ke hotel untuk berehat.

3

Hari 3

Old Dubai – Dubai Frame – Dubai Mall

Program diteruskan dengan menerokai kawasan bersejarah Dubai termasuk Al Fahidi Historical Neighbourhood, Dubai Creek, Gold Souk dan Spice Souk. Jemaah seterusnya akan dibawa ke Dubai Frame untuk sesi bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Dubai Mall. Jemaah berpeluang melihat Burj Khalifa dari kawasan Dubai Mall sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

4

Hari 4

Dubai – Aktiviti Bebas / Desert Safari

Aktiviti bebas untuk membeli-belah, berehat atau mengikuti program tambahan yang disediakan. Jemaah juga boleh menyertai program pilihan Desert Safari yang merangkumi pengalaman padang pasir serta makan malam, tertakluk kepada pakej dan bayaran tambahan yang ditetapkan.

5

Hari 5

Dubai – Jeddah – Madinah

Selepas sarapan pagi, jemaah akan daftar keluar hotel dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk penerbangan ke Jeddah. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, perjalanan diteruskan menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, jemaah akan daftar masuk hotel, berehat dan mengikuti sesi pengenalan Masjid Nabawi.

6

Hari 6

Masjid Nabawi & Ziarah Dalam Madinah

Jemaah akan menziarahi Masjid Nabawi serta kawasan sekitarnya termasuk Perkuburan Al-Baqi', Masjid Al-Ghamamah dan Saqifah Bani Sa'idah serta ziarah dan memberi salam kepada Rasulullah SAW. Program masuk ke Raudhah adalah tertakluk kepada kelulusan dan ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi.

7

Hari 7

Ziarah Luar Madinah & Taklimat Umrah

Program ziarah luar Madinah merangkumi lawatan ke Masjid Quba dan ladang kurma serta melalui Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud. Seterusnya, jemaah akan mengikuti taklimat persediaan Umrah sebelum perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah.

8

Hari 8

Madinah – Bir Ali – Makkah & Umrah Pertama

Ziarah Wida' dan memberi salam kepada Rasulullah SAW sebelum daftar keluar hotel di Madinah. Jemaah akan dibawa ke Masjid Bir Ali untuk berniat ihram (miqat Umrah) sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah. Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk hotel dan berehat. Seterusnya, jemaah akan mengikuti sesi pengenalan Masjidil Haram dan melaksanakan Umrah pertama dengan bimbingan Mutawwif.

9

Hari 9

Makkah – Aktiviti Bebas

Aktiviti bebas atau program tambahan seperti ibadah persendirian, ziarah atau aktiviti yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memperbanyakkan ibadah, tawaf sunat, membaca Al-Quran dan beriktikaf di Masjidil Haram.

10

Hari 10

Ziarah Makkah & Umrah

Program ziarah sekitar Makkah merangkumi Jabal Thur, perjalanan Manasik Haji, Jabal Rahmah serta Masjid Ji'ranah. Jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Masjid Ji'ranah sebelum kembali ke Makkah.

11

Hari 11

Hudaibiyah & Umrah

Menziarahi Masjid Hudaibiyah dan jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Hudaibiyah. Program tambahan termasuk ziarah ke Muzium Al Amoudi, tertakluk kepada operasi dan bayaran masuk semasa. Seterusnya, jemaah akan mengikuti taklimat persediaan pelepasan pulang ke tanah air.

12

Hari 12

Makkah – Jeddah – Kuala Lumpur

Melaksanakan Tawaf Wada' sebelum daftar keluar hotel di Makkah Al-Mukarramah. Seterusnya, jemaah akan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah bagi urusan daftar masuk penerbangan. Taklimat serta doa pelepasan akan diadakan sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Setibanya di tanah air, jemaah akan diberikan taklimat ringkas dan doa selamat tiba sebelum bersurai dan meneruskan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Penginapan hotel mengikut pakej
  • Pengangkutan bas sepanjang program
  • Mutawwif Ketua Rombongan berpengalaman
  • Ziarah mengikut itinerari
  • Set bagasi Glocal

Tidak Termasuk

  • Makanan yang tidak dinyatakan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Insurans perjalanan tambahan
  • Program tambahan di luar itinerari

FAQ

Dokumen Diperlukan

  • Passport sah melebihi 6 bulan dari tarikh perlepasan
  • Gambar passport latar putih terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Borang maklumat jemaah

Bermula

RM 8,690

seorang (berkongsi quad)

WhatsApp Perunding

Deposit bermula RM 1,000/pax · Baki perlu dijelaskan 45 hari sebelum perlepasan.