
Pakej Umrah Plus Turkey
Umrah Termasuk Perjalanan Ke Turkey
Tempoh
12 hari
Penerbangan
Emirates Airlines
Makanan
-
Hotel Makkah
Snood Ajyad (350m)
Hotel Madinah
Rua International (150m)
Penginapan Hotel
4 malam Makkah · 3 malam Madinah
Bintang Hotel
3★ Bintang
Mutawwif / Ketua
Termasuk
Hotel Anda

Snood Ajyad
★★★
350m dari Haram

Rua International
★★★
150m dari Nabawi

Set Beg Eksklusif Glocal Travel
Setiap jemaah pakej ini menerima set beg eksklusif kami.
Hotel Tambahan
Hotel tambahan yang digunakan dalam pakej ini apabila itinerari melibatkan persinggahan (jika ada).
The G Hotel
★★★
Gold Majesty
★★★
Harga Bilik (seorang)
Quad (4 pax)
RM 9,690
Triple (3 pax)
RM 9,990
Double (2 pax)
RM 10,590
Single (1 pax)
RM 16,490
Semua harga bermula daripada perkongsian Quad. Deposit: RM100 pendaftaran, lengkapkan RM1,000 dalam 14 hari.
Itinerari
Muat Turun ItinerariHari 1
Kuala Lumpur – Dubai – Istanbul – Bursa
Jemaah diminta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lima (5) jam sebelum waktu penerbangan bagi urusan daftar masuk. Taklimat serta doa pelepasan akan diadakan sebelum penerbangan. Jemaah akan berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Dubai dan seterusnya meneruskan penerbangan ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, perjalanan diteruskan ke Bursa untuk melawat Grand Mosque (Ulu Cami) dan Tophane. Seterusnya, jemaah akan daftar masuk hotel, menikmati makan malam dan berehat.
Hari 2
Bursa – Istanbul
Selepas daftar keluar hotel di Bursa, jemaah akan meneruskan program lawatan termasuk ke Turkish Delight & Olive Oil Store, Green Mosque (Yeşil Cami) dan Green Tomb (Yeşil Türbe). Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, jemaah akan daftar masuk hotel dan berehat.
Hari 3
Istanbul – Sultanahmet & Spice Bazaar
Program dimulakan dengan lawatan ke pusat produk kulit, diikuti dengan lawatan ke Sultanahmet Mosque (Blue Mosque), Hippodrome of Constantinople dan Spice Bazaar. Setelah selesai program lawatan, jemaah akan kembali ke hotel untuk berehat.
Hari 4
Istanbul – Bosphorus Cruise & Grand Bazaar
Jemaah akan menikmati pelayaran Bosphorus Cruise untuk menyaksikan panorama indah Istanbul dari Selat Bosphorus. Program diteruskan dengan lawatan ke Eyüp Sultan Mosque, Fatih Mosque dan Grand Bazaar sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
Hari 5
Istanbul – Dubai/Sharjah – Jeddah – Madinah
Selepas daftar keluar hotel di Istanbul, jemaah akan melawat Ortaköy Mosque yang terkenal dengan keindahan seni binanya, diikuti Taksim Square dan Istiklal Street. Seterusnya, jemaah akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan menuju ke Jeddah dengan transit di Dubai/Sharjah. Setibanya di Jeddah, perjalanan diteruskan menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Setibanya di Madinah, jemaah akan daftar masuk hotel, berehat dan mengikuti sesi pengenalan Masjid Nabawi.
Hari 6
Masjid Nabawi & Ziarah Dalam Madinah
Jemaah akan menziarahi Masjid Nabawi serta kawasan sekitarnya termasuk Perkuburan Al-Baqi', Masjid Al-Ghamamah dan Saqifah Bani Sa'idah serta ziarah dan memberi salam kepada Rasulullah SAW. Program masuk ke Raudhah adalah tertakluk kepada kelulusan dan ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi.
Hari 7
Ziarah Luar Madinah & Taklimat Umrah
Program ziarah luar Madinah merangkumi lawatan ke Masjid Quba dan ladang kurma serta melalui Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud. Seterusnya, jemaah akan mengikuti taklimat persediaan Umrah sebelum perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah.
Hari 8
Madinah – Bir Ali – Makkah & Umrah Pertama
Ziarah Wida' dan memberi salam kepada Rasulullah SAW sebelum daftar keluar hotel di Madinah. Jemaah akan dibawa ke Masjid Bir Ali untuk berniat ihram (miqat Umrah) sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah. Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk hotel dan berehat. Seterusnya, jemaah akan mengikuti sesi pengenalan Masjidil Haram dan melaksanakan Umrah pertama dengan bimbingan Mutawwif.
Hari 9
Makkah – Aktiviti Bebas
Aktiviti bebas atau program tambahan seperti ibadah persendirian, ziarah atau aktiviti yang dianjurkan oleh Mutawwif. Jemaah digalakkan memperbanyakkan ibadah, tawaf sunat, membaca Al-Quran dan beriktikaf di Masjidil Haram.
Hari 10
Ziarah Makkah & Umrah
Program ziarah sekitar Makkah merangkumi Jabal Thur, perjalanan Manasik Haji, Jabal Rahmah serta Masjid Ji'ranah. Jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Masjid Ji'ranah sebelum kembali ke Makkah.
Hari 11
Hudaibiyah & Umrah
Menziarahi Masjid Hudaibiyah dan jemaah yang berhajat untuk melaksanakan Umrah tambahan boleh berniat ihram di Hudaibiyah. Program tambahan termasuk ziarah ke Muzium Al Amoudi dengan bayaran tambahan sekitar SAR3. Seterusnya, jemaah akan mengikuti taklimat persediaan pelepasan pulang ke tanah air.
Hari 12
Makkah – Jeddah – Kuala Lumpur
Melaksanakan Tawaf Wada' sebelum daftar keluar hotel di Makkah Al-Mukarramah. Seterusnya, jemaah akan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah bagi urusan daftar masuk penerbangan. Taklimat serta doa pelepasan akan diadakan sebelum berangkat pulang ke tanah air. Setibanya di Kuala Lumpur, jemaah akan diberikan taklimat ringkas dan doa selamat tiba sebelum bersurai dan meneruskan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. • Laluan keseluruhan: Kuala Lumpur → Dubai → Istanbul → Bursa → Istanbul → Dubai/Sharjah → Jeddah
Termasuk
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Penginapan hotel mengikut pakej
- Pengangkutan bas sepanjang program
- Mutawwif Ketua Rombongan berpengalaman
- Ziarah mengikut itinerari
- Set bagasi Glocal
Tidak Termasuk
- Makanan yang tidak dinyatakan
- Perbelanjaan peribadi
- Insurans perjalanan tambahan
- Program tambahan di luar itinerari
FAQ
Dokumen Diperlukan
- Passport sah melebihi 6 bulan dari tarikh perlepasan
- Gambar passport latar putih terkini
- Salinan kad pengenalan
- Borang maklumat jemaah
Bermula
RM 9,690
seorang (berkongsi quad)
WhatsApp PerundingDeposit bermula RM 1,000/pax · Baki perlu dijelaskan 45 hari sebelum perlepasan.

