Waktu Solat Zohor dalam 6:47
Ziarah Al Aqsa & Jordan
Muslim Tour

Ziarah Al Aqsa & Jordan

Ziarah Al-Aqsa & Jordan membawa para jemaah menelusuri bumi penuh sejarah dan keberkatan, mengunjungi Masjid Al-Aqsa, tempat bersejarah para nabi dan sahabat, serta destinasi ikonik Jordan seperti Petra. Perjalanan ini menggabungkan ibadah, penghayatan sejarah Islam dan pengalaman melihat sendiri bumi para Anbiya’.

Tempoh

8 hari 7 malam

Penerbangan

Penerbangan

ETIHAD

Makanan

-

Destinasi

Ziarah Al Aqsa & Jordan

Bintang Hotel

4★ Bintang

Mutawwif / Ketua

BERLESEN & BERPENGALAMAN

Makanan Halal

Makanan Mesra Muslim & Halal

Hotel Mengikut Bandar

Jerusalem

Metropole Hotel

★★★

Amman

Rawa Suite Hotel

★★★

Harga Bilik (seorang)

Quad (4 pax)

RM 9,290

Triple (3 pax)

RM 9,290

Double (2 pax)

RM 9,290

Semua harga bermula daripada Triple. Deposit: RM100 pendaftaran, lengkapkan RM1,000 dalam 14 hari.

Itinerari

Muat Turun Itinerari
1

Hari 1

Ketibaan di Amman & Laut Mati

Tiba di Lapangan Terbang Amman, urusan sambutan dan bantuan, melawat Laut Mati serta Maqam Nabi Syuaib sebelum bertolak ke hotel di Amman.

2

Hari 2

Amman – Jericho – Baitulmaqdis

Sarapan, menyeberangi sempadan melalui Jambatan Allenby, melawat Bandar Jericho, menikmati panorama Mount of Temptation dan menziarahi Maqam Nabi Musa sebelum daftar masuk hotel di Baitulmaqdis. Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa.

3

Hari 3

Kompleks Al-Aqsa & Kota Lama Jerusalem

Solat Subuh, sarapan dan menerokai Kota Lama termasuk Holy Sepulchre, Masjid Omar, panorama Wailing Wall, Dome of the Rock, Masjid Al-Qibli, Masjid Marwani, Masjid Buraq, Old Aqsa, Mihrab Maryam dan Mihrab Zakaria. Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa.

4

Hari 4

Hebron & Al-Khalil

Solat Subuh, sarapan dan melawat Bandar Hebron, Masjid Al-Khalil, Maqam Nabi Ibrahim & Siti Sarah, Maqam Nabi Ishak & Siti Rifqah, Maqam Nabi Yaakob & Laiqah serta Golden Bazaar sebelum kembali ke Baitulmaqdis.

5

Hari 5

Baitulmaqdis – Jordan Valley – Amman

Solat Subuh dan sarapan, menziarahi Salman Al-Farisi dan Mount of Olives sebelum melalui sempadan utara. Perjalanan diteruskan ke Maqam Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Maqam Nabi Yusha’ bin Nun sebelum bertolak ke hotel di Amman.

6

Hari 6

Petra

Sarapan, melawat Mata Air Nabi Musa dan menerokai Kota Purba Petra sebelum kembali ke hotel di Amman.

7

Hari 7

Jerash – Ajloun – Yarmouk

Sarapan, menikmati panorama Jerash, melawat Istana Ajloun (Salahuddin) dan Medan Perang Yarmouk sebelum kembali ke hotel di Amman.

8

Hari 8

Ashabul Kahfi & Kepulangan

Sarapan, menziarahi Ashabul Kahfi dan mengikuti lawatan sekitar Bandar Amman sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Amman untuk penerbangan pulang.

Termasuk

  • Khidmat sambutan & bantuan di lapangan terbang semasa ketibaan dan berlepas
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin
  • Khidmat pemandu pelancong profesional
  • Penginapan hotel
  • Makan penuh – Sarapan, makan tengah hari & makan malam
  • Bayaran masuk ke semua tempat lawatan yang dinyatakan dalam itinerari
  • Tiket masuk Petra
  • Air mineral di dalam bas dan semasa waktu makan
  • Semua cukai berkaitan pakej

Tidak Termasuk

  • Minuman ringan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Tips: USD 56 seorang (USD 8 × 7 hari)
  • Tambahan bayaran bilik seorang (Single Room Supplement)
  • Sebarang perkhidmatan atau perkara yang tidak dinyatakan dalam pakej

FAQ

Dokumen Diperlukan

  • Pasport Malaysia yang sah
  • Pasport mestilah mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan
  • Salinan imbasan pasport yang jelas
  • Gambar berukuran pasport yang terkini
  • Maklumat lengkap untuk permohonan visa
  • Nombor telefon Malaysia yang aktif dan berdaftar atas nama pemohon sendiri
  • Dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan bagi proses permohonan visa

Bermula

RM 9,290

seorang (Triple)

WhatsApp Perunding

Deposit bermula RM 500/pax · Baki perlu dijelaskan 45 hari sebelum perlepasan.