Perkongsian Jemaah
Apa Kata Jemaah Kami
16 perkongsian daripada jemaah kami
Alhamdulillah, pengalaman Umrah terbaik. Hotel betul-betul bersebelahan Haram dan mutawwif membimbing kami dengan sabar dari awal hingga akhir.
Hjh. Noraini Binti Ahmad
Shah Alam, Selangor · Umrah Premium 5 Bintang
Bawa seisi keluarga 6 orang. Harga telus, tempahan lancar dan anak-anak seronok dengan ziarah. Sangat disyorkan.
Encik Faizal Rahman
Johor Bahru, Johor · Umrah Ekonomi Cuti Sekolah
Tour Turkiye sangat teratur. Makanan halal di mana-mana dan ketua rombongan sangat berpengetahuan.
Puan Siti Mariam
Kota Bharu, Kelantan · Muslim Tour Turkiye
Menunaikan Haji bersama Glocal tahun lepas. Logistik, koordinasi maktob dan pasukan mutawwif bertaraf dunia.
Ustaz Hafizuddin
Kuala Terengganu, Terengganu · Haji Baitullah 1447H
Tour Leader & Mutawif sangat prihatin dengan keadaan jemaah, Sentiasa memastikan kebajikan dan keperluan kami terjaga. Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Tanah Suci.
Alang Eija
Kluang · Snood Ajyad
Masya allah..perjalanan Umrah yang seronok sangat...Dua kali umrah bersama GLOCAL... Mutawifah nya pun best
Nora Sida
Johor Bahru, Johor · Snood Ajyad
Alhamdulillah syukur kerana saya dapat menjalani ibadah umrah dengan sangat baik dan selesa bersama Glocal Travel. Saya mungkin di antara jemaah yang tidak pernah tahu tentang Glocal Travel sebelum ini dan pemilihan ini adalah secara kebetulan dan juga kententuanNya. Ternyata pilihan ini sangat tepat contoh : 1. Mutawwif yang sangat bagus dalam memberi bimbingan ibadah dan sentiasa membantu kami dalam apa jua permasalahan yang kami lalui. 2. Barisan petugas yang sangat professional dan berdedikasi 3. Aktiviti ziarah yang pelbagai dan disusun dengan baik 4. Penginapan hotel di Madinah & Mekah yang sangat selesa dan memudahkan jemaah untuk berulang alik ke masjid (terutama jemaah wanita).
Azlina Alias
Shah Alam, Selangor · Umrah Pullman Clock Tower
Alhamdulillah.., kami sekeluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan mutawwif dan urus setia Glocal Terima kasih juga kepada Hjh Zaryna kerana menjadi orang tengah yang meyakinkan kami untuk bersama Glocal Travel and Tours Sdn Bhd. Pilihan yang tepat... Burung merpati terbang tinggi Hinggap sebentar di pohon sena Budi baik terpahat di hati Tidak dilupa sepanjang masa
Zaiwati Yahaya
Puchong, Selangor · Umrah
Glocal memang terbaik, kami jemaah dari sabah sgt berpuas hati dengan layanan yg diberikan oleh team glocal dri Hjh Norita, Hjh Noraini, Puan Lynn, Ustaz Thalal, Ustaz Wasul dan Ustaz Ulhaq, memang terbaik dan innshaAllah ada rezeki ke tanah suci memang akan ambil glocal
Anak Damit
Kota Kinabalu, Sabah · Umrah
Alhamdulillah, pengalaman umrah yang sangat memuaskan. Pengurusan profesional, layanan terbaik dan bimbingan sangat jelas.very recommended !
Marsya Amani
Kuala Lumpur · Umrah
Pengalaman bermakna yg amat manis menunaikan umrah bersama Glocal Travel. Layanan dari petugas dan mutawif sgt baik
Nur Hikmah
Kuala Lumpur · Umrah
Saya dan suami pernah menunaikan Umrah bersama Glocal Travel pd tahun 2022. Daripada umrah itu kami terdorong memilih Glocal travel sebagai agent untuk kami menunaikan haji. Alhamdulilallah selesai haji saya dan suami bersama Glocal Travel. 1447H /2026. Kami berpuas hati dgn servis sepanjang perjalanan utk mendapat haji yg mabrur.. Daripada awal bila kami sampai ke Madinah layanan Glocal kepada kami amat bagus.. Bilik selesa dan makan minum juga mengikut selera kita. Sampai Mekah jemaah telah disambut dgn meriah. Bimbingan yg diberi oleh ustaz dan ustazah, telah byk membantu kami memantapkan lagi ilmu yg sedia ada. Program ziarah yg disediakan juga amat menarik, jemaah dapat melihat tempat bersejarah disertai dgn ulasan yg jelas oleh pembimbing haji. Pihak Glocal banyak memudahkan urusan haji kami sehingga selesai semua perkara2 rukun dan wajib dapat kami lakukan dengan sebaik- baiknya. Terima kasih kepada semua terutama YM Ustaz Tengku, ustazah Isfadiah, ustaz Muaz dan ustaz Syafie dan semua petugas yg lain.
Poziah Pojy
Negeri Sembilan · Umrah
Alhamdulillah, servis Glocal n Travel sangat terbaik, amanah dan lancar. Semoga terus diberkati! 🌟👍
Muhammad Rushidi
Kuantan · Umrah
Saya mendapat pengalaman yang sangat baik dengan agensi pelancongan ini semasa perjalanan Haji 1447H saya. Setiap kali timbul sebarang masalah atau kesulitan, pihak pasukan—terutamanya Pengurus Besar Tn Hj Ezuan dan pemiliknya, Tn Hj Dato’ Idzham, cepat bertindak balas serta memberikan penyelesaian. Komunikasi berjalan dengan sangat baik dan mesej sentiasa dibalas dengan segera. Para mutawwif yang bertugas sangat berpengalaman, mesra, dan banyak membantu sepanjang perjalanan. Lokasi hotel juga sangat strategik, hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Secara keseluruhannya, segala urusan diatur dengan baik dan perkhidmatannya cemerlang dari awal hingga akhir. Sangat disyorkan.
Mama Tibam
Langkawi · Haji
Pengalaman yang paling indah dan bermakna semasa menunaikan Haji tahun 1447H. Perkhidmatan yang cemerlang diberikan oleh pemilik, mutawif, pihak pentadbiran, dan kakitangan, terima kasih.
Mohd Fauzi
Mersing , Johor · Haji
Saya merupakan sebahagian daripada keluarga jemaah haji Glocal Travel (musim 1447/2026). Pengalaman menunaikan haji bersama Glocal Travel benar-benar cemerlang. Mereka menguruskan setiap perincian secara profesional, bermula daripada kelulusan visa sehinggalah kepada aturan setiap satu ibadat dalam perjalanan haji tersebut. Dato' Idzham dan pasukannya memberikan sokongan padu sepanjang tempoh ibadat haji, menjadikan pengalaman ini bebas daripada tekanan. Saya masih ingat satu kejadian apabila pihak penganjur haji di Arab Saudi merancang perjalanan dari Arafah ke Mina tanpa menunggu waktu yang tepat untuk *mabit* di Muzdalifah ketika itu, Dato' dan pasukannya bertindak 'menyelamatkan' keadaan dengan membawa seluruh kumpulan ke Muzdalifah menggunakan pengangkutan eksekutif. Segalanya berjalan lancar. Saya amat terhutang budi dan sangat menghargai jasa Glocal Travel atas pengalaman ini. Glocal Travel amat disyorkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk perjalanan haji anda yang akan datang.
Zulfazly Deris
Petaling Jaya, Selangor · Haji

