Ditulis oleh: Team Glocal
Bayaran & Kos Haji Musim Haji 1448/2027M

Kos haji bagi Musim Haji 1448H/2027M kekal RM33,300 bagi setiap seorang jemaah haji iaitu pengekalan kos yang sama untuk tahun keempat berturut-turut.
TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) secara bersasar bagi meringankan beban kewangan bakal jemaah daripada kumpulan B40 dan M40. Bagi musim haji 1448H/2027M, TH memperuntukan sekitar RM234 juta bagi tujuan tersebut.
Kadar bayaran haji bagi jemaah B40 ialah RM15,000 selepas menerima HAFIS sebanyak RM17,300 serta bantuan Kerajaan RM1,000. Jemaah M40 pula membayar RM23,500 dengan HAFIS RM9,800, manakala jemaah T20 perlu membayar Kos Haji penuh sebanyak RM33,300.
Kemampuan TH mengekalkan Kos Haji, menyediakan Bantuan Kewangan Haji dan pada masa sama meningkatkan kualiti perkhidmatan turut disokong oleh kedudukan institusi yang semakin kukuh hasil pengurusan kewangan berdisiplin, pengurusan risiko yang dipertingkatkan dan penambahbaikan tadbir urus secara berterusan.
- Glocal Travel Peneraju Haji Berpengalaman anda
Artikel Berkaitan
— Team Glocal




