Waktu Solat Zohor dalam 0:34

Dasar Bayaran Balik

Kemas kini terakhir: November 2026

1. Pengenalan

Dasar ini menerangkan syarat bayaran balik bagi tempahan pakej pelancongan (Umrah, Haji, Muslim Tour) dan pembelian barangan di Kedai Glocal, oleh Glocal Travel And Tours Sdn Bhd (KPL/LN 6917).

2. Deposit Tempahan Pakej

Deposit yang dibayar untuk mengesahkan seat adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN selepas tempahan disahkan, kerana ia digunakan serta-merta untuk kos pentadbiran, permohonan visa, dan deposit penerbangan/hotel yang tidak dapat dipulihkan daripada pembekal.

3. Pembatalan Oleh Pelanggan

Sebarang pembatalan oleh pelanggan tertakluk kepada potongan mengikut kos sebenar yang telah ditanggung (penerbangan, hotel, visa, dan caj pembekal lain). Kadar potongan adalah mengikut terma & syarat pakej masing-masing yang dipaparkan semasa tempahan. Pembatalan kurang daripada 30 hari sebelum perlepasan atau ketidakhadiran (no-show) biasanya tidak layak untuk sebarang bayaran balik.

4. Pembatalan Oleh Glocal

Jika kami terpaksa membatalkan pakej (contohnya kuota minimum jemaah tidak mencukupi), anda akan diberi pilihan: (a) bayaran balik penuh bagi jumlah yang telah dibayar, atau (b) pindahan ke tarikh/pakej lain tanpa caj tambahan.

5. Tempoh & Kaedah Bayaran Balik

Bayaran balik yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 14–30 hari bekerja kepada akaun bank atau kaedah bayaran asal anda. Kami akan memaklumkan status bayaran balik melalui WhatsApp atau e-mel berdaftar.

6. Pulangan Barangan Kedai

  • Barangan yang salah dihantar atau rosak semasa penghantaran boleh ditukar dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan — laporkan dengan gambar bukti.
  • Barangan yang telah digunakan, dibasuh atau tidak dalam keadaan asal tidak layak untuk pulangan/penukaran.
  • Bayaran balik bagi barangan yang habis stok selepas pembayaran akan dibuat sepenuhnya.

7. Cara Memohon

Hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel dengan menyebut nombor tempahan/pesanan anda (contoh: GT26-XXXX atau MD26XXXX-XXXX). Setiap permohonan akan disemak oleh pasukan kami dan keputusan dimaklumkan secara bertulis.