Waktu Solat Zohor dalam 0:55
Semua artikelTravel News · 16/10/2026

Ditulis oleh: Team Glocal

Kenyataan Rasmi : Perkembangan Keselamatan Di Arab Saudi

Kenyataan Rasmi : Perkembangan Keselamatan Di Arab Saudi

KENYATAAN RASMI GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD. BERHUBUNG PERKEMBANGAN KESELAMATAN DI ARAB SAUDI DAN PENYELARASAN PERJALANAN JEMAAH UMRAH

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2026 – Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. sentiasa memantau perkembangan semasa berkaitan situasi keselamatan di Arab Saudi, termasuk sebarang perubahan operasi penerbangan yang boleh mempengaruhi kelancaran perjalanan jemaah umrah.

Dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu, pihak syarikat memberi keutamaan kepada aspek keselamatan, kebajikan dan pengurusan perjalanan jemaah. Pemantauan berterusan dilaksanakan melalui saluran rasmi syarikat penerbangan, pihak berkuasa berkaitan serta agensi yang terlibat bagi memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan maklumat yang sahih dan perkembangan terkini.

Bagi jemaah yang sedang berada di Makkah, Madinah atau lokasi lain di Arab Saudi, Glocal Travel akan terus menyelaras urusan bersama petugas operasi, mutawif dan wakil kumpulan bagi memastikan kebajikan serta keperluan jemaah diberikan perhatian sewajarnya. Jemaah juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan petugas bertanggungjawab dan menjaga keselamatan diri sepanjang berada di Tanah Suci.

Bagi urusan pelepasan dan penerbangan pulang, sebarang penyelarasan akan dibuat berdasarkan status operasi penerbangan serta pengesahan rasmi daripada syarikat penerbangan berkaitan. Sekiranya berlaku pembatalan, penangguhan atau perubahan jadual, pihak Glocal Travel akan berusaha menyelaraskan urusan bersama pihak berkaitan bagi mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian.

Pakej Umrah Safwah Dari Kuala Lumpur — dari RM 6,690

Dapatkan harga & tarikh pelepasan terkini — konsultasi percuma melalui WhatsApp.

Tanya di WhatsApp

Maklumat terkini akan disampaikan kepada jemaah dan ahli keluarga melalui saluran komunikasi rasmi Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. Sehubungan itu, semua jemaah diminta agar tidak membuat sebarang perubahan sendiri terhadap urusan perjalanan sebelum menerima pengesahan daripada pihak syarikat.

Glocal Travel turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya berkaitan status penerbangan dan perubahan perjalanan. Sebarang perkembangan penting akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi syarikat.

KOMITMEN KAMI

Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. komited untuk terus mengurus dan menyelaraskan perjalanan jemaah secara bertanggungjawab dengan mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kelancaran urusan perjalanan. Pihak syarikat juga menghargai kesabaran serta kerjasama semua jemaah dan ahli keluarga dalam menghadapi sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi seluruh jemaah, mempermudah segala urusan dan mengurniakan keselamatan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

PENGURUSAN SYARIKAT Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd.

Bersedia merancang perjalanan ibadah anda?

Tinggalkan maklumat anda — perunding kami akan WhatsApp harga & tarikh pelepasan.

Atau terus sembang di WhatsApp

— Team Glocal