Ditulis oleh: Team Glocal
Seruan Istito'ah Haji 1448H/2027M
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito'ah yang menawarkan kelayakan giliran Haji secara automatik apabila baki simpanan pendeposit mencapai nilai minimum RM15,000.
Pendekatan baharu ini menggantikan sistem pendaftaran manual yang lama bagi memastikan umat Islam di Malaysia dapat merancang perjalanan ibadah dengan lebih teratur dan sistematik.)Tempoh Transaksi: Pendeposit sedia ada diberi masa sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum tersebut.
Penyusunan Giliran: Bermula 1 Januari 2029, giliran menunaikan haji akan disusun semula secara automatik berdasarkan tarikh pendaftaran dan pencapaian syarat simpanan.
Inisiatif Multi Tabung: TH turut memperkenalkan pilihan Tabung Am untuk urusan harian dan Tabung Istito'ah yang khusus untuk disiplin simpanan berfokus persediaan haji.
Empat Langkah Penting Persediaan Awal :
Mulakan Simpanan: Buat potongan atau simpanan secara konsisten setiap bulan menggunakan kemudahan yang disediakan TH.
Jaga Kesihatan: Pastikan tubuh badan sihat dan cergas kerana ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal.
Lengkapkan Ilmu: Hadiri kursus atau baca panduan ibadah haji lebih awal agar memahami setiap rukun dan wajib haji.
Sentiasa Bersedia: Niatkan dalam hati dan perbanyakkan doa agar dipermudahkan urusan menjadi tetamu Allah.
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk memulakan langkah pertama anda.
Artikel Berkaitan
— Team Glocal



